Kami mohon sumbangan ikhlas anda agar rumah Allah ini dapat disiapkan dengan segera.
مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍۢ مِّا۟ئَةُ حَبَّةٍۢ ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ ٢٦١
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah , ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Tarikh dibina : 1956 (maklumat dari orang lama)
Keluasan masjid lama : ( 5916 kaki persegi ) termasuk parking
Sebelah depan : tanah persendirian
Tepi kanan : kubur lama
Tepi kiri : jalan raya
Belakang : tanah persendirian
Tempat memandikan jenazah yang sempit uzur dan tidak selesa untuk pengurusan jenazah.
Setiap kali hujan lebat masjid akan dimasuki air dan menyukarkan orang kampung menunaikan solat.
Ruang solat yang sempit dan tidak mencukupi untuk orang menunaikan solat terutamanya di hari jumaat.
Kedudukan masjid yang terletak di kaki lima jalan telah mengakibatkan banyak kemalangan maut.
Masjid masih memerlukan sumbangan anda
Kami memerlukan dana pembinaan Masjid Mukim Kelar, Pasir Mas, Kelantan, kami mohon sumbangan ikhlas anda agar rumah Allah
ini dapat disiapkan dengan segera. Bantu kami, bukan sahaja dari segi kewangan, kongsikan juga video ini kepada seramai yang mungkin.
Sumbangan anda amat dihargai.
Mudah sahaja, hanya tinggal klik sahaja di link “Hulurkan Sumbangan” untuk mula menyumbang. Terima kasih kami ucapkan diatas sumbangan anda.